Friday, 16 December 2011

Tirai Debat Keamanan Inter IPT ASEAN 2011.

Selepas kejayaan penganjuran Debat Keamanan Ala Presiden Piala Menteri Pengajian Tinggi 2011 pada 16 Januari sehingga 19 Januari 2011, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia telah diberikan hak penganjuran bagi pertandingan debat keamanan ala presiden yang julung kalinya dipertandingkan.

Pada edisi kali ini, pihak jawatankuasa membawa pembaharuan dan penjenamaan semula Debat Keamanan Ala Presiden dengan membuka penyertaan kepada bukan sahaja dari Institut Pengajian Tinggi seluruh negara ASEAN. Pihak kedutaan negara-negara anggota ASEAN menyambut baik hasrat ini dan seterusnya membuka ruang dan peluang untuk penyertaan universiti dari negara masing-masing.

Debat Ala Presiden yang menggunakan Bahasa Melayu ini merupakan satu-satunya debat Ala Presiden yang dipertandingkan antara IPT di seluruh Malaysia dengan menjunjung tema, " Mahasiswa dan Keamanan Serantau ", bagi mengangkat peranan mahasiswa dalam menyuarakan keamanan sejagat. Nantikan perkembangan terbaru Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012 di laman ini ! Salam keamanan.


No comments:

Post a Comment