Syarat Debat




1.         SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


1.1       Penyertaan dibuka terhad kepada (48) pasukan sahaja. Mana-mana pasukan yang memberi maklum balas pengesahan mendaftar awal adalah menjadi keutamaan untuk menyertai pertandingaan ini.

1.2       Setiap IPT dibenarkan untuk menghantar DUA PASUKAN di mana setiap pasukan terdiri seorang pendebat dan seorang wakil sahaja. Apa-apa pun, terma ini hendaklah tertakluk kepada peraturan yang dinyatakan dalam para 1.1 Syarat-syarat dan Pindaan Peraturan ini.

1.3     Peserta yang ingin menyertai pertandingan ini mestilah terdiri daripada mahasiswa/ mahasiswi/ matrikulasi/ diploma/ ijazah pertama yang berumur tidak lebih daripada 22 TAHUN sewaktu hari pendaftaran.




1.4       Peserta debat hendaklah sentiasa berpakaian kemas semasa pertandingan dan WAJIB memakai kot (blazer) sepanjang pertandingan dan di dalam sidang)

1.5       Peserta tidak dibenarkan menunjukkan aksi dan kata-kata yang kurang sopan ketika perdebatan.

1.6       Peserta tidak dibenarkan menggunakan ayat-ayat Al-Quran dan hadith ketika berhujah.

1.7       Peserta tidak dibenarkan menyentuh peribadi seseorang atau isu perkauman, keagamaan, kebudayaan dan isu sensitif semasa.





No comments:

Post a Comment