2. STRUKTUR DEBAT
2.1 Perdebatan dijalankan dalam Bahasa
Malaysia mengikut gaya Debat Ala- Presiden yang di tetapkan oleh Penganjur.
2.2.1 Sesi
Pertama (7 minit)
Pengenalan
usul Debat
1.
Pendebat menyampaikan penghujahan
substantif. Dimulakan
dengan pihak yang menyokong usul. Pengenalan usul adalah santai dan tidak
terikat dengan prosedur perdebatan seperti dalam Debat Ala Parlimen. Pencadang
Usul dan Pembangkang Usul tidak terikat dengan mana-mana Prosedur untuk
mengemukakan struktur hujah. Penghujahan substantif dalam Debat ala Parlimen
(mengandungi pencirian, kayu ukur, beban bukti dan sebagainya) juga boleh
diterima dan pendebat yang menyokong usul hendaklah mengemukakan
sekurang-kurangnya 1 hujah dan 2 fakta isu atau contoh. Begitu juga dengan
pihak yang membangkang usul. Tiada had hujahan dan contoh serta tiada had izin
laluan yang ditetapkan, cuma digalakkan mengambil sekurang-kurangnya sekali
izin laluan pihak lawan. Sesi ini adalah melihat bagaimana seseorang
pendebat mengemukakan IDEA BERDASARKAN USUL DAN BUKAN BERSIFAT TEKNIKAL SEMATA.
2.
Setiap penghujah hendaklah menggunakan
sebaik mungkin masa yang diperuntukkan untuk berhujah, mengemukakan bangkangan dan menghurai isu dan
/ atau contoh.
2.2.2 Sesi
Kedua (6
minit)
Debat
terbuka
1.
Pusingan ini dipraktikkan sama dengan
pusingan debat terbuka dalam Debat Alam Sekitar dan Debat Kemerdekaan.
2.
Konsep perdebatan adalah seperti konsep
berbalas pantun.
3.
Setelah membidas, penghujah DIWAJIBKAN
untuk membawa sekurang-kurangnya satu fakta baru.
4.
Dimulakan dengan pihak yang menyokong
usul dan diakhiri dengan pihak yang membangkang usul.
5.
Pendebat diberikan masa selama Sembilan
puluh (90) saat untuk menjawab ataupun membidas dan mengemukakan fakta baru
dalam sesi ini
6.
Setiap pendebat mempunyai dua (2)
peluang sahaja.
7.
Keseluruhan masa sesi ini adalah (6)
minit
2.2.3 Sesi
Ketiga (3
minit)
(Sesi pertanyaan wakil lawan)
1.
Wakil pendebat menanyakan hanya SATU soalan kepada pihak lawan.
Dimulakan dengan wakil pendebat pembangkang bertanyakan soalan kepada pendebat
yang menyokong usul dan setelah itu wakil pihak yang menyokong usul pula
bertanyakan soalan kepada pendebat yang membangkang usul. Pendebat yang dikehendaki
menjawab soalan daripada wakil lawan masing-masing hendaklah menjawab dalam
masa 3 minit.
2.
Soalan tidak boleh melebihi (45) saat.
3.
Skop soalan perlulah berdasarkan kebertanggungjawapan
terhadap isi dan / atau pembawaan pendebat lawan.
2.2.4 Sesi
Keempat (3
minit)
(Sesi pertanyaan oleh panel
hakim dan / atau moderator)
1.
Hakim bertanyakan hanya satu soalan
kepada kedua-dua pendebat.
2.
Penentuan hakim yang mana akan
bertanyakan soalan akan dibuat menerusi
sistem undian (sekiranya melibatkan
lebih daripada satu hakim). Dimulakan dengan soalan kepada pendebat yang
mengemukakan usul dan seterusnya kepada pendebat yang membangkang usul. Pun
yang demikian, sekiranya jemaah hakim bersetuju untuk menentukan hakim tertentu
memberi soalan, maka hal tersebut dibolehkan. Hakim juga BOLEH berkongsi soalan
tetapi disuarakan oleh wakil hakim sahaja.
3.
Soalan daripada hakim dan / atau
moderator ini tidak boleh melebihi (45) saat.
4. Skop soalan perlulah berdasarkan kebertanggungjawapan
terhadap isi pendebat.
2.2.5
Sesi Kelima (4 minit)
(Sesi
Penggulungan)
1.
Dimulakan dengan pihak yang membangkang
usul dan diakhiri dengan pihak yang menyokong usul.
2.
Struktur penggulungan adalah sepertimana
penggulungan biasa dalam debat ala
parlimen.
3.
Pun begitu, masa hendaklah diberikan
kepada pendebat yang membangkang usul selama tiga (3) minit untuk bersedia
sebelum disusuli dengan pendebat yang mengemukakan usul untuk meneruskan
penggulungan (tiada masa persediaan diberikan kepada pendebat yang menyokong
usul).
3. PEMARKAHAN
3.1 Penghujahan Substantif (sesi 1)
Isi 20
markah
Gaya dan Bahasa 10 markah
Penyampaian dan strategi 10 markah
3.2 Debat
Terbuka (sesi 2)
Isi 5 markah
Gaya dan Bahasa 5 markah
Penyampaian dan strategi 5
markah
3.3 Soalan
Wakil (sesi 3)
Isi 5 markah
Gaya dan Bahasa 5 markah
Penyampaian dan strategi 5
markah
3.4 Soalan
Hakim (sesi 4)
Isi 10
markah
Gaya dan Bahasa 5 markah
Penyampaian dan strategi 5
markah
3.5 Penggulungan
(sesi 5)
Isi 5 markah
Gaya dan Bahasa 3 markah
Penyampaian dan strategi 2
markah
3.6 Markah keseluruhan adalah berjumlah 100 markah.



No comments:
Post a Comment