Debat Keamanan adalah merupakan debat ala presiden pertama seumpamanya yang direalisasikan atas inisiatif Kesatuan Debat Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dengan kerjasama bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) UPNM dan juga Kementeria Pengajian Tinggi Malaysia.
Dengan membawakan mesej keamanan , debat yang bertemakan “ Mahasiswa dan Keamanan Serantau “ ini membawa mesej utamanya iaitu mempromosikan keamanan dalam kalangan generasi muda tanah air dan juga mahasiswa jemputan dari rantau ASEAN.
Untuk memeriahkan lagi acara, Perdana Global Peace Foundation bersetuju untuk mengadakan pameran mini Wan Is A Crime bertempat di Foyer Bestari, UPNM Kem Sg Besi, Kuala Lumpur pada 5 hingga 7 Februari 2012.
Menyedari peri pentingnya kesedaran generasi muda terhadap senario keamanan dan keganasan semasa yang menyebulungi dunia, pameran yang dicadangkan ini diharap dapat memberi pendedahan lebih dekat kepada mahasiswa tentang isu perang sebagai jenayah keamanan dunia. Jangan lepaskan peluang ini! jumpa anda di sana!

No comments:
Post a Comment