Thursday, 22 December 2011

Bengkel Kehakiman Debat Keamanan Ala Presiden.

Format debat ala presiden berbeza dengan debat ala parlimen yang biasa dianjurkan di pertandingan debat peringkat sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi di Malaysia.

Setelah penganjuran kali pertama debat yang menggunakan format ala presiden ini, kali ini Universiti Pertahanan Nasional Malaysia mengambil inisiatif untuk menganjurkan Bengkel kehakiman Debat Ala Presiden yang akan dihadiri oleh hakim-hakim jemputan yang terdiri dari alumni-alumni debat IPT, pensyarah dan wakil-wakil dari Institut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), universiti-universiti dan juga hakikm jemputan yang lain. 

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Sdr. Syamsul Amri bin Hj Ismail , Alumni Debat UiTM yang juga merupakan Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia merangkap ketua hakim Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012.

Berikut merupakan butir-butir bengkel kehakiman yang akan dianjurkan ;

Tarikh  : 24 Disember 2011, Sabtu.
Masa   : 8.00 a.m - 12.00 p.m.
Tempat : Dewan Bestari, UPNM.


No comments:

Post a Comment