Usai pendaftaran para hakim pada jam 8.30 pg, seramai 61 orang hakim telah hadir untuk menghadiri bengkel ini dan sebagai tanda sokongan kepada debat keamanan yang bakal dianjurkan. Mereka terdiri daripada golongan hakim yang sememangnya berpengalaman dalam penghakiman debat dan juga golongan profesional seperti wakil hakim dari Syarikat Permodalan Nasional Berhad(PNB), wartawan Astro Prima, wartawan majalah-majalah tanah air, guru-guru serta pensyarah di Insitut Pendidikan Guru Malaysia(IPGM), wakil dari fakulti pendidikan UiTM, hakim dari Institut Pidato Nusantara dan sebagainya.
Rata-rata peserta bengkel menyatakan penghargaan kepada penganjur dan juga berpendapat bahawa bengkel yang diadakan sangat menarik. Bermula dari bengkel teknikal yang disampaikan oleh Saudara Syamsul Amri bin Hj Ismail , Presiden Pertubuhan Alumni Debat Malaysia(ADAM) merangkap ketua hakim Debat Keamanan Antara IPT ASEAN 2012 dan juga penasihat program, Encik Nur Halis. Seterusnya, sesi kedua pula ialah sesi "Mock Debate" debat ala presiden yang menemukan dua orang pendebat UPNM membahaskan usul Jika Saya Presiden AS, Saya Akan Terus Melindungi Palestin dari Ditindas Israel.
Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni(HEPA), Prof Wan Mahzum bt Ahmad Shah turut turun padang memberikan sokongan kepada penganjuran bengkel ini dan melapangkan masa untuk beramah mesra dengan peserta seterusnya merasmikan bengkel tersebut. Hakim-hakim telah diberikan sijil dan cenderamata sebagai tanda penghargaan dari pihak tuan rumah, dan seterusnya peserta yang ahdr ke bengkel ini akan turut dilantik menjadi hakim ketika debat yang akan dianjurkan nanti.
Pihak jawatankuasa Bengkel Debat Keamanan merakamkan ucapan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada hakim-yang yang telah hadir bagi memberikan sokongan. Semoga berjumpa lagi di Debat Keamanan Antara IPT ASEAN pada 3 Februari 2012 nanti!
Saksikan lensa sekitar bengkel yang dianjurkan.
![]() |
| Sesi pendaftaran hakim. |
![]() |
| TNC HEPA UPNM, Prof Wan Mahzum hadir memberikan sokongan. |
Hakim tekun mendengar taklimat yang disampaikan.
Bengkel yang dikendalikan Sdr Syamsul Amri.
sesi soalan dari hakim kepada pendebat.
mock debate yang dilangsungkan.








